Sunday 25 August 2013

SYAWAL AKAN MENINGGLKAN KITA

Sekejapnya masa berlalu...rasa macam baru je sambut raya....tapi rupa-rupanya syawal dah nak habis dah...pejam celik-pejam celik masa berjalan bukan main cepat lagi dah nak sampai hujung tahun dah....maka umur pun dah samakin nak bertambah dah....ini je la untuk kali ini nanti aku sambung lagi...


Tuesday 6 August 2013

ESOK HARI RAYA

Assalamualaikum...

Permula bicara Bismillah pembuka kata...akhirnya esok dah nak raya...Semua orang sibuk di rumah masak rendang, buat ketupat, kemas rumah dan macam-macam lagi perlu dilakukan di rumah untuk menyambut lebaran yang bakal menjelma esok...tapi aku masih di office bekerja seperti biasa....tapi rasa mood kerje dah tak de...yang tinggal hanya mood raya je...teringat kat kampung seronok kalau dah nak raya ni...meriah sangat...tapi bila kat sini entah la....tempat orang kot...lain tak sama macam kampung sendiri...Apa-apa pun Selamat Hari Raya semua....Mohon maaf sekiranya terdapat apa-apa kesalahan yang mengguris perasaan...





Saturday 3 August 2013

RAYA AIDILFITRI MAKIN HAMPIR

Assalamualaikum...

Bertemu lagi kita di alam maya ini...Hari Raya Aidilfitri semakin menghampiri kita manakala Ramadhan tidak lama lagi akan meninggalkan kita....Tahun depan macam mana pula Ramadhan yang akan kita hadapi....Sedih rasanye bila mengingatkan Ramadhan yang akan meninggalkan kita tidak lama lagi...Cukup tak amalan yang aku lakukan pada bulan Ramadhan tahun ini...Tapi Alhamdulillah makbur juga doa ku untuk berpuasa penuh pada tahun ini dengan tanpa sebarang masalah...Tak lama lagi Syawal akan menjelma maka semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri....Harap-harap sambutan Raya tahun ini amat meriah seperti tahun-tahun sebelumnya...Apa-apa pun Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin...